Alhamdulillah , pada hari ini aku berkesempatan untuk menulis di blog ini sejak beberapa bulan tidak membuka dan menulis di ruang ini. Bukan malas hendak menulis .tetapi terlalu banyak perkara yang mesti dibereskan dahulu sehinggakan aku terlupa bahawa sudah lama aku tidak menjenguk di blog sendiri.
Alhamdulillah ,syukur kehadrat Allah kerana masih diberi kesempatan untuk aku dan semua rakan menunaikan ibadat puasa hingga ke hari ini. Madrasah Ramadhan ini cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi. Fasa ketiga ini Allah menjanjikan pembebasan api neraka kepada hambaNya yang berpuasa dan diberikan satu malam iaitu Lailatul Qadar. Ayuh semua marilah kita lipat gandakan ibadat kita dan sama-sama kita hidup malam-malam yang terakhir ini dengan beribadah kepada Allah. Rebutlah peluang ini kerana kita mungkin tidak akan berjumpa dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Mahu atau tidak tidak berapa lama lagi ramadhan akan meninggalkan kita. Itu adalah hakikatnya, bagi kita adakah ramadhan akan meninggalkan kita atau kita yang akan pergi dahulu daripada Ramadhan. Disamping itu , keluarkanlah zakat fitrah untuk menyucikan fitrah kita dan perbanyakkan sedekah kerana perbuatan itu amat mulia di sisi Allah.
Bersama-sama ini saya ingin berkongsi maklumat tentang ibadat puasa. Sebagaimana diketahui puasa pada bulan
Ramadhan adalah ibadat yang difardhukan oleh Allah s.w.t.. Dalam erti kata lain
setiap orang Islam yang melakukannya hanya kerana mematuhi perintah Allah
s.w.t. dan melaksanakan tanggungjawab keimanan
kepada‐Nya tanpa memandang kepada sebarang
kemungkinan yang berlaku. Sebagai natijah daripada ibadat tersebut.
Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i.
Boleh menyedarkan hati orang yang beriman
bahawa dirinya di bawah perhatian Allah.
ii.
Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara
semua bulan dalam setahun.
iii.
Allah menghendaki semua hambanya memenuhi
bulan tersebut dengan amalan ketaatan dan taqarrub kepada‐Nya.
iv.
Kekenyangan yang berterusan dalam
kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat‐sifat keras hati dan keterlalulan.
v.
Membangunkan masyarakat Islam dengan
sifat kasih sayang dan prihatin.
Firman Allah s.w.t
dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183:
Maksudnya: Hai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari kamu supaya
kamu bertaqwa.
Sayid Qutub
berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu,
iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika
ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah s.w.t dan
mengutamakan keredhaan‐Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari
merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam
hati. Orang‐orang yang dihadapkan ayat‐ayat al‐Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam
taqwa di sisi Allah s.w.t dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah. Taqwa
itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka dan ibadat puasa hanya
merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang
menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa
dihadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka
menerusi ibadat puasa.
Semoga kita mencapai tahap ketaqwaan melalui ibadat puasa Ramadhan yang telah
kita lalui pada tahun ini. Amin.