Khamis, 8 Disember 2011

AMALI MASAKAN RBT 3111

Semalam aku balik ke rumah untuk menghantar pakaian yang sudah banyak yang busuk . Dalam perjalanan aku singgah di SK jitra menjemput anak-anakku yang menyertai khemah ilmu di situ. Sampai di rumah, aku terus disambut oleh anak kecil ku Liya Zhafirah yang semakin lincah. Selepas solat maghrib, aku terus ke dapur.
Aku terus membuat doh untuk pastri rapuh dan intinya daripada sardin. Setelah selesai menguli doh dan menyediakan inti. Anak bongsuku terus masuk ke dapur dan ingin bermanja denganku.Aku meneruskan kerjaku hingga dia menangis untuk didukung olehku. Tugasku berhenti seketika.
      Tiba-tiba isteriku masuk ke dapur dan ingin mengambil anakku. Dia terkejut melihat aku sedang memasak."Memasak apa tu bang, gulaim dan sayur sudah idah masak ",katanya kehairanan. "Masak Karipap sardin,saja nak cuba . Esok ada amali memasak di IPG Perlis" jelasku kepadanya. " Rajin sungguh abang masak, lepas ni kena rajin camni la", guraunya manja dengan ku.Akhirnya aku berjaya membuat karipap tetapi tidak pandai untuk kelim tepi. Aku meminta tunjukajar dari isteriku. Nasib baik dia pandai dan berkemahiran.Selepas mencuba beberapa kali barulah aku dapat teknik kelim tu.Itupun takla cantik macam orang perempuan buat.
      Keesokan paginya seawal jam 6.20 pagi aku terus menghidupkan kereta untuk pergi ke IPG Perlis. Sekali lagi aku rasa terharu apabila anak kecilku menangis untuk mengikutku. Rasanya tentu rindunya padaku masih belum terubat kerana lama kali ini aku meninggalkannya.iaitu selama 9 hari. Apapun demi tugas dan tanggungjawab aku terpaksa pergi juga.
       Sampai saja di IPG aku terus ke bilik membuat persediaan terakhir.Setelah selesai semuanya.Jam 7.58 pagi saya dan rakan En. Rosidi pergi ke bengkel memasak dan kami menyediakan tempat untuk menghidang. Rasanya tempat sayalah yang paling ringkas kerana tidak ada aksesori tambahan seperti rakan-rakan yang lain. Apapun saya pasrah dengan kemampuan saya.
        Akhirnya tepat jam 9 pagi kami memulakan peperiksaan amali memasak. Maka kami seramai 13 orang terus memasak menu yang telah kami rancang semasa sidang merancang. Masing-masing serius untuk menyiapkan masakan kerana selepas makanan masak, kami perlu hidang pula.Selepas itu saya kena pula gubah bunga. Bunga yang digunakan ialah bunga hidup pula. Aduh susahnya menggubah bunga ini. Apapun saya buat juga. Akhirnya pensyarah puji kecantikan bunga yang saya gubah itu. Katanya ringkas dan menarik sertapemilihan bunga yang sesuai.
       Selesai semua,tibalah masanya untuk hakim membuat penilaian.Hakim yang menilai ialah ketua jabatan sendiri En. Rosli bin Ismail. alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tidak banyak komen yang diberikan oleh hakim. Cuma karipap saya saja yang berlainan kerana terbuka depannya. Bila dia tanya kenapa jadi begini,saya menjawab inovasi. Semua jadi begitu.Setelah diteliti , intinya terlalu banyak dan air tidak diletakkan ditepi kulit karipap sebelum ditutup.Air inovasi sangat lazat dan mendapat sambutan yang hangat dikalangan rakan-rakan. Puding sagu santan sawitpun terasa enak dan memikat hati rakan-rakan.
      Selepas semua selesai, kami baru terasa lapar. Jampun menunjukkan pukul 1. Apa lagi sekali lagi kami melakukan amali memasak. Kali ini kami buat soalan sendiri iaitu bagaimana untuk menghilangkan masalah lapar dalam kalangan kami.Jawabnya mudah saja, kena makan nasi. Lantas kami mengambil tindakan untuk masak nasi dan buatlah apa-apa lauk yang ada.Saya menggunakan kepakaran saya menyiapkan telur dadar,menggoreng sayur tauge bersama kucai. kemudian menggoreng udang. Ramuannya ialah bahan-bahan lebihan memasak tadi seperti sardin dan telur.Selepas semua selesai,kamipun makan. Akhirnya kamipun kenyang dan balik ke asrama.Sebelah petang pula 12 orng rakan yang lain akan meneruskan peperiksaan amali ini. Selamat berjaya kawan-kawan.