Jumaat, 2 Disember 2011

pertama dalam kehidupanku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhamad saw .

Pertama -tama sekali saya panjatkan kesyukuran kehadrat Allah kerana dengan rahmat dan kurniaNya saya dapat menghasilkan sebuah blog sebagai satu wadah penulisan yang berkisar tentang kehidupan seorang pendidik yang dipanggil 'cikgu'.

Sebenarnya di dalam hati telah tersimpan satu niat untuk membina sebuah blog seperti ini. Namun niat itu sekadar niat sahaja kerana tidak dilakukan dengan perbuatan. Namun selepas selesai solat subuh hari ini, Allah telah mengizinkan saya melakukan niat ini dengan perbuatan. Maka akhirnya saya dapat juga menghasilkan blog ini.

Kata orang , zaman serba maju....dunia global,maklumat dihujung jari.Memang benar,namun kalau kita tidak melakukannya maka ia hanya tinggal sebagai kata-kata sahaja.Begitu jugalah dengan kehidupan kita. Kalau kita alpa dengan tuntutan-tuntutan agama dan kehidupan, maka kehidupan itu akan hanyut begitu sahaja. Peluang-peluang yang ada di depan mata akan dibiarkan begitu sahaja.

Diam tak diam, aku sudah menjadi pendidik sudah 20 tahun lamanya. Anak murid yang dididik mungkin 1000 orang,mungkin 10000 orang dan mungkin lebih. Ada yang aku ingat dan ada yang sudah aku lupa.Apapun kebiasaan guru susah nak ingat murid,namun murid yang ramai akan ingatkan guru yang mereka hormati dan sayangi. Biasalah sebagai guru ,ada murid suka dan ada yang membenci. Apapun sebagai guru.itulah satu tanggungjawab yang perlu ditunaikan demi melihat kejayaan seorang murid.

Buat pertama kali ini.Jadikan bicara ini sebagai satu wadah permulaan dalam blog ini.