Jumaat, 23 Disember 2011

Berbasikal di Pagi Jumaat

 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhamad saw serta para sahabat dan seluruh muslimin dan muslimat.
Bersyukur kehadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnianya banyak perkara telah aku lakukan kemarin dan hari ini. Kemarin aku berkesempatan pergi ke sekolah untuk satu perkara yang penting dalam tugas seorang guru. Perkara yang berkaitan dengan tugas sebagai seorang penjawat awam. Apa itu,menandatangi borang opsyen dalam perkhidmatan untuk masuk ke skim baharu iaitu Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Mahu atau tidak sebagai penjawat awam mesti menandatangi sama ada menerima atau menolak. Bagi aku seorang guru,perkara yang baik kita kena terima seadanya. Kalau perkara yang burukpun terima juga. Tapi kalau ada pilihan diberikan ,perlu fikir dua tiga kali untuk menerima atau menolak. Perlu ada sedikit kajian dan proses membuat keputusan. Sebenarnya banyak perkara yang kerajaan buat itu baik,bukan tidak baik. Namun kerajaan boleh melakukan perkara yang lebih baik dari itu.
Sebagai penjawat awam yang kerdil ini,tidak perlu kita berhujah panjang. Kalau menang hujahpun nescaya aku tidak dapat berbuat apa-apa. Kuasa ditangan orang yang berkuasa. Apapun kita terima , kita kerjalah dengan lebih baik dari tahun lepas. Ramai kawan menyatakan bahawa golongan guru yang lebih untung dalam skim ini. Ya saya tidak nafikan,sebab itulah CUEPECS tidak bagi tandatangan tetapi NUTP suruh semua guru tandatangan.Syukur alhamdulillah kerana mendapat sedikit laba pada tahun hadapan. Namun jika dikaji sudah 5 tahun golongan guru tidak dapat apa-apa. Yang dapat cuma serpihan daripada kumpulan lain sedangkan penjawat awam dari golongan guru yang paling banyak. Guru juga adalah golongan yang paling aktif memperjuangkan persatuan dan politik di Malaysia.
Jika dulu dalam UMNO sendiri siapakah yang bersusah payah meningkatkan perjuangan parti ini. Kumpulan lain boleh dibilang dengan jari. Guru-gurulah yang aktif dalam parti dan memberi sumbangan kepada parti tanpa mengenal penat dan jemu serta sanggup mengeluarkan wang poket sendiri untuk menjayakan perjuangan parti.Oleh kerana masa sudah berubah,kemasukan golongan korporat dalam UMNO menyebabkan parti ini semakin hari semakin bergelumang dengan politik wang. Orang korporat yang mereka mahukan selain daripada keuntungan. Bagi mereka mesti mau untung,jika tidak tak perlu bersusah payah.Setiap kata ,setiap perbuatan dan setiap pergerakan mesti dapat untung.Akibatnya terjadilah seperti sekarang. Perjuangan dan pengorbanan yang ikhlas telah lenyap dalam perjuangan. Semua berebut jawatan untuk menadapatkan keuntungan.Pemilihan jawatankuasa di peringkat cawanganpun perlu sogok duit untuk meraih kemenangan. Inilah realiti yang berlaku hari ini. Dalam parti,bila ada orang muda yang berkebolehan bercakap,beragama,berpendidikan tinggi dan ada ciri-ciri pemimpin ,hendak menjadi ahli parti disekat. Kenapa jadi begini,sedangkan orang sebegini yang kita mahukan untuk memimpin masyarakat. Guru-guru yang hendak berjuang bersama parti disekat penglibatan mereka.Siapakah yang menyekat.Golongan yang inginkan kebendaan dan keuntungan inilah. Aku rasa tidak mahu meneruskan lagi perbincangan tentang parti politik ini.Cukuplah sekarang ini sebagai pemerhati di peringkat bawahan melihat tok dalang mengayunkan wayang-wayang kulitnya di skrin layar usangnya. Jika ceritanya lucu kita pakat-pakat gelak,jika sedih kita pakat teriyak ( menangis).Yang mustahak sebagai penjawat awam,jalankan tugas dengan cemerlang dan dapat berpuashati dengan usaha yang kita lakukan.

        Alhamdulillah,pagi ini juga aku dapat bangun awal untuk ke surau mengalunkan azan subuh meskipun suaraku agak tidak baik kerana batuk sejak 3 minggu lalu. Aku dapat berjemaah bersama jiranku solat subuh dan sujud sajadah pada pagi ini. Aku sempat membaca al-Quran dan yang paling menyeronokkan hatiku ialah dapat bersenam dengan basikal kesayanganku yang telah 5 minggu menunggu tuannya menunggangnya.Alhamdulillah bertolak jam 7.15 pagi secara solo dan berakhir jam 8.08 pagi sejauh 16km berjaya dilalui dengan permukaan jalan berbukit dan dalam keadaan gerimis. Kiranya pencapaian lama masih dapat dikuasai lagi. Cuma bila lama tak naik basikal ni,punggung terasa sakit sikit dan otot bahagian peha terasa kejang. Namun itu fenomena biasa seorang penunggang basikal.Selepas menunggang aku sempat berjumpa dengan rakan penunggang basikal ku Mr Ang yang juga baru balik dengan bini dia mengayuh basikal. Dia keluar lebih awal daripadaku. Dia menghadiahkan aku teh Cina Pu Eee . Terima kasih member gerek.Selepas itu aku balik dan berehat di rumah.