Ahad, 18 Disember 2011

Peperiksaan semester 6

Aduh,tua-tua begini baca sungguh payah melekat di otak. Itulah hakikatnya sebagai seorang tua yang sedang menyambung pelajaran. Apapun baca juga untuk menyedapkan hati. Kata bijak pandai orang tua-tua kena belajar melalui perbincangan dan pertengkaran, baru nak ingat. Betul juga fakta itu. Oleh itu, aku mesti mencari rakan untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat. Kalau dok baca sorang-sorang jawabnya tidur.
         Kawan-kawan sekelas sememangnya memainkan peranan yang penting dalam membantu kita menjayakan semua tugasan yang diberikan walaupun dia cuma menyumbangkan sebuah senyuman sahaja. Tanpa bantuan daripada rakan sudah tentu pelbagai tugasan dan ujian tidak dapat diselesaikan dengan jayanya.
         Oleh itu, saya menyeru kepada rakan-rakan supaya dapat tolong-menolong dan bantu membantu sesama kita agar kita semua akan berjaya. Tak rugi kalau kawan kita berjaya dan mendapat markah yang tinggi daripada kita. Kita sepatutnya bangga dengan rakan yang berjaya mendapat markah yang tinggi. Janji kita juga berjaya walaupun rendah sedikit markah daripada rakan tersebut.
         Ini tidak,kita akan berasa cemburu yang amat sangat sekiranya rakan kita dapat lebih baik daripada kita. Itulah sifat tak baik yang ada di dalam diri kita. Perasaan Hasad dengki (PHD) ini akan menyebabkan kita hilang kawan dan akan disisihkan rakan.Perasaan ini kalau dibiarkan di dalam diri ia akan merosakkan hati dan keimanan kita. Oleh itu, cuba kita bertenang dan berfikir bahawa semua yang berlaku itu adalah ketentuan daripada al-Khalid Allah swt. Kita sebagai hambanya patut bersyukur dengan pemberiannya.
         Kepada rakan-rakan sekalian,marilah kita sama-sama berusaha untuk berjaya di dalam peperiksaan yang akan kita hadapi esok ,lusa dan tulat.Semoga semuanya akan berjaya dengan cemerlang.