Jumaat, 16 Disember 2011

RPH Perniagaan Tahun 4

P&P TAHUN 4 WAJA 2009

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran               : Kemahiran Hidup
Bidang Pembelajaran        : 2. Perniagaan dan Keusahawanan
Unit Pembelajaran           : 2.2 Merancang dan Menyediakan Jualan
Tajuk Pembelajaran          : Menentukan tujuan membungkus dan melabel
Tahun                            : 4 Waja
Bilangan murid                : 30 orang
Masa                             : 60 minit
Hasil Pembelajaran           : Diakhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat ;
1. menimbang dengan tepat mengikut berat yang dikehendaki dan membungkus barang jualan.
2.melabel barang jualan seperti yang telah dirancangkan.
Nilai                             : Kerjasama,kejujuran,berdisiplin
Alat Bantu Mengajar       : gambar slaid powerpoint , alat penimbang , plastik pembungkus, alat melakri plastik , label dan     lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada     : Murid-murid pernah melihat bungkusan barangan yang dijual di pasaran
Pendekatan Pembelajaran  : Konstruktivisme dan koperatif

Refleksi :

LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
( 5 minit )
Gambar barangan yang telah dibungkus.
Soalan :
1.       Apakah yang menyebabkan  barangan ini menarik?
2.       Apakah warna memainkan peranan penting dalam pembungkusan barangan?
3.       Adakah saiz dan bentuk bungkusan mempengaruhi pembeli?
1. Guru menunjukkan gambar barangan yang dibungkus dengan cantik dan menarik melalui tayangan power point.
2. Guru menyoal murid mengenai barangan yang ditunjukkan seperti warna,bentuk,saiz dan maklumat bungkusan.
3. Guru memberikan penerangan mengenai pembungkusan barangan yang menarik dan sesuai untuk jualan.
Pendekatan :
Konstruktivisme

Kaedah/Teknik :
menyoal



Langkah 1
(30 minit)
Pengenalan kepada menimbang dan  membungkus barangan

 Langkah menimbang barang:
i- laraskan alat penimbang
ii-masukkan barang dan timbang mengikut berat yang dikehendaki
iii-setelah cukup ,masukkan barang ke dalam plastik bungkusan.
iv-lakrikan bahagian bungkusan yang terbuka dengan alat lakri
1.Guru memperkenalkan alat timbangan.
2.Guru mengarahkan semua ketua kumpulan mengambil alat timbangan.
3.Guru menunjuk cara hendak melaraskan alat timbangan dan membaca nilai timbangan.
4.Guru mengarahkan semua kumpulan mencuba alat timbangan masing-masing.
5. Guru menunjukkan cara-cara hendak menimbang barang sehingga peringkat pembungkusan.
6. Murid diarahkan suapaya menyukat dan membungkus barang jualan mereka sehingga habis. (dilakukan dalam kumpulan dan dipantau oleh guru )
Pendekatan :
Koperatif

Kaedah/Teknik :
Menerang, tunjuk cara,
aplikasi


Langkah 2
(15 minit)
.Melabelkan barangan.
Langkah penglabelan:
  1. Tentukan bahagian bungkusan yang hendak dilabekan.
  2. Labelkan barangan dengan pelekat maklumat yang telah disediakan.Soalan :

1. Guru menunjukkan langkah-langkah untuk melabelkan bungkusan.
2. Guru mengarahkan murid melabelkan satu bungkusan barangan mereka seperti yang mereka kehendaki.
3. Setelah selesai guru dan murid berbincang mengenai bahagian yang dipilih untuk meletakkan label. Setelah dipersetujui barulah kerja-kerja penglabelan dilakukan kepada semua barangan.
4. Tugas penglabelan dilakukan sambil dipantau oleh guru.
Pendekatan :
Koperatif, Konstruktivisme

Kaedah/Teknik :
Menerang, tunjuk cara,
aplikasi

Penutup
(10 minit)
Lembaran kerja
Rumusan
Tujuan membungkus :
- daya tarikan
- keselamatan
- membeza dengan barangan lain
1. Guru mengedarkan lembaran kerja.
2. Murid menjawab soalan lembaran kerja.
3. Guru memberi jawapan kepada soalan lembaran kerja dan disemak oleh rakan murid..
5. Guru membuat rumusan dan menyatakan  prestasi murid.
6. Mengemas tempat.
Pendekatan :
Kecerdasan pelbagai

Kaedah/Teknik :
Bersoaljawab