Rabu, 21 Disember 2011

BAHAN ELM3101-exam sem 6


Sinopsis Bahan Dari Nota ELM 3103-En Abd Rahman Khalid
1.1.1 Penilaian Formal
Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal dan penilaian tidak formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi
digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam bilik darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan
diadakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut.
Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian sumatif adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam
pengajaran.
2 Perbandingan antara ujian formatif dan sumatif:

UJIAN FORMATIF

UJIAN SUMATIF

Fungsi
Menghasilkan maklumat balik
kepada murid dan guru tentang
kemajuan murid
Pensijilan murid pada akhir kursus
Masa diberi
Sepanjang pengajaran
Pada akhir satu-satu kursus atau unit
Kesukaran
item

Berubah-ubah mengikut segmen
Semua peringkat. Ada penilaian yang
sangat senang dan ada yang susah
Jenis alat
Alat pengukur formatif yang di
bentuk khusus
Peperiksaan akhir tahun

Contoh
Ujian bulanan, lembaran kerja,
buku skrap dan lain-lain
UPSR, PMR, SPM, STPM,
Peperiksaan Sijil Perguruan,
peperiksaan akhir tahun

1.1.2 Penilaian Tidak Formal
Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran
gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.
Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :
i. Pemerhatian
ii. Senarai semak dan skala pemeringkatan
iii. Rekod Anekdot
iv. Hasil kerja pelajar
v. Temu bual
Langkah-langkah dan prosedur pembinaan ujian hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
· Menentukan tujuan dan objektif pengajaran yang hendak diuji.
· Menentukan Jadual penentuan ujian
· Menulis item-item soalan.
· Menyunting item.
· Menjalankan praujian.
· Mentadbir ujian atau peperiksaan.
2.1 Menentukan Tujuan Ujian dan objektif pengajaran yang hendak diuji
Dengan adanya tujuan yang jelas tugas menyediakan jadual penentuan ujian dapat dipermudah. Ujian-ujian boleh diklasifikasikan mengikut tujuan. Biasanya ada empat jenis ujian iaitu ujian penempatan, ujian formatif, ujian diagnostik dan ujian sumatif.
· ujian penempatan bertujuan menentukan sama ada pelajar mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengikuti satu-satu kursus. Ia juga menguji pengetahuan sedia ada pelajar dan sejauh mana mereka telah mencapai objektif pelajaran yang ditentukan.
· ujian formatif bertujuan mengukur kemajuan pelajar serta memberikan maklum balas kepada guru.
· ujian diagnostik bertujuan mencari punca-punca kelemahan pelajar.
· ujian sumatif pula diberikan pada penghujung sesuatu kursus untuk tujuan pensijilan.
Hasil pengajaran yang akan diukur hendaklah sejajar dengan objektif pengajaran. Satu cara menentukan objektif pengajaran adalah dengan menggunakan taksonomi objektif pendidikan. Taksonomi ini merupakan sistem yang mengelaskan objektif domain-domain
kognitif (Bloom 1956), afektif (Krathwohl 1964) dan psikomotor (Harrow 1972).
 Pengukuran nilai di sekolah tertumpu kepada 2 aspek utama iaitu aspek kognitif dan aspek afektif. Aspek kognitif menekankan intelek atau pengetahuan tentang kategori dan jenis nilai manakala aspek afektif menekankan penghayatan nilai-nilai berkenaan dalam
membuat pertimbangan / keputusan dalam situasi harian.
2.2 Penyediaan Jadual Penentuan Ujian
Pembentukan JPU penting untuk membantu guru dalam penggubalan soalan-soalan ujian. Fungsi Jadual Penentuan Ujian ialah untuk:
· menghuraikan domain pencapaian yang akan diukur,
· dan memberikan satu panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan
Langkah-langkah yang perlu diambil dalam menyediakan Jadual Penentuan Ujian adalah :
· memilih hasil pembelajaran yang hendak diuji,
· menyenaraikan isi bahan pelajaran, dan
· membina carta-carta dua hala.
2.3 Pembinaan Item Ujian
Pendahuluan
Penilaian dalam Pendidikan Moral lazimnya dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara formal dan tidak formal. Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang berbentuk ujian pensil kertas. Penilaian formal boleh berbentuk objektif dan subjektif..
Jenis-jenis ujian objektif dan subjektif :-
Soalan Objektif Soalan Subjektif
· Soalan aneka pilihan
- jawapan terbaik
- Positif dan negatif
- Cantuman
· Soalan betul salah
· Soalan memerlukan jawapan yang pendek
· Soalan melengkapkan perkataan /ayat / cerita
· Soalan menggunakan gambar
Panduan Membina Soalan Objektif dan Subjektif
Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dua jenis soalan ini boleh membekalkan maklumat yang berguna mengenai prestasi pelajar. Setiap jenis ujian mempunyai kebaikan dan kelemahannya tersendiri. Umumnya kedua-dua jenis soalan ini adalah untuk mengukur pencapaian dan prestasi pelajar di alam persekolahan mereka.
Kebaikan dan Kelemahan Ujian Objektif dan Subjektif
Kebaikan soalan objektif adalah seperti berikut:-
· merangkumi semua bidang matapelajaran.
· masa untuk menjawab serta memeriksa amat singkat.
· objektivitinya tinggi. Markah yang sama diberi oleh pemeriksa yang berbeza.
· emosi pemeriksa tidak mempengaruhi pemarkahan.
Keburukan soalan objektif adalah seperti berikut :-
· pembinaan ujian memerlukan belanja, masa dan tenaga yang tinggi.
· tidak dapat menguji calon di aras kognitif yang tinggi.
· menggalakkan pelajar meneka jawapan.
· pelajar kurang membuat persiapan rapi
Kebaikan soalan subjektif adalah seperti berikut:-
· senang dibina dan ditadbir.
· menguji sejauh mana seorang pelajar menyatakan ideanya.
· boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran.
· peluang untuk meneka jawapan dapat dikurangkan.
Kelemahan soalan subjektif adalah seperti berikut:-
· unsur subjektiviti akan mempengaruhi kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
· ia hanya merangkumi bidang yang terhad kerana bilangan soalan ini terhad.
· pemarkahan mengambil masa dan tenaga yang banyak.
· pelajar boleh membuat ramalan terhadap soalan-soalan yang dikemukakan.
diselaraskan dengan proses pengajaran-pembelajaran di bilik darjah untuk mengesan kemajuan perkembangan individu secara menyeluruh.
3.1 Tujuan-tujuan PKSR
1. Meningkatkan mutu penilaian kerana item penilaian digubal oleh sekumpulan guru di peringkat daerah dan bukan seorang dua guru di satu-satu sekolah. Kerana itu proses pengukuran pembelajaran pelajar lebih bermakna
2. Tekanan untuk lulus peperiksaan dapat dikurangkan
3. Mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menyeronokkan
4. Meninggikan taraf ikhtisas guru kerana pengalaman baru dapat diperolehi
3.1.1 Skop Penilaian
PKSR merangkumi proses pendidikan dari semua aspek – kognitif (mental), afektif (nilai,sikap, minat) dan psikomotor (pergerakan otot yang dirangsangkan oleh deria mental)
3.1.2 Pendekatan PKSR
PKSR dilaksanakan melalui cara-cara berikut:
· Ujian pencapaian – mengukur pencapaian pelajar dari aspek pengetahuan dan kefahaman
· Ujian prestasi – menilai kebolehan pelajar dari aspek lisan, bacaan, kemahiran psikomotor pendidikan jasmani, amali muzik dan ko-kurikulum
· Pemerhatian – mengenal pasti dan mencatat ciri-ciri perkembangan pelajar dari aspek afektif seperti dalam Pendidikan Moral, agama dan ko-kurikulum
· Ujian situasi – mengenal pasti sikap dan minat pelajar melalui situasi tertentu
· Pentaksiran hasil kerja – mengenal pasti mutu hasil kerja yang dicapai dalam latihan dan projek yang dihasilkan pelajar dalam Pendidikan Moral
3.2 Masalah Penilaian Pendidikan Moral di Sekolah.
Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka
penilaian terhadapnya sering menghadapi masalah.
Masalah 1: Penilaian moral susah dinilai secara afektif
Bagaimana kita hendak menilai sikap dan tabiat selepas satu waktu pengajaran?
Situasi: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Tajuk yang disampaikannya pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. Murid-murid didapati menyimpan kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua.
Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong dan membersihkan kuku mereka?
Masalah 2: Proses penilaian memerlukan masa yang panjang
Penilaian moral biasanya dilakukan melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Penilaian juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan serta rekod peristiwa (rekod anekdot).
Masalah 3: Penilaian Pendidikan Moral adalah subjektif
Sesetengah alat yang digunakan dalam penilaian Pendidikan Moral banyak dipengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Penilaian jenis ini tidak tepat dan diragui
Masalah 4: Penilaian Pendidikan Moral membawa banyak implikasi
Domain afektif yang yang meliputi sikap, nilai, minat dan perasaan merupakan domain yang amat sukar dinilai



SELAMAT BERJAYA
Drp : A. Zaini Bahari
PGSR RBT NOV 08____IpgPerlis2011