Sabtu, 10 Disember 2011

Bisul Oh Bisul

Hari ini ada peluang untuk balik ke rumahku di Kuala Nerang. Dapat berjumpa dengan keluarga tersayang. Bila sampai saja di rumah, anak-anak yang besar Adam dan Alif menyambutku. Alif menolong mengangkat beg pakaian dan adam mengangkat beg-beg yang lain. Liya yang kecil tiba-tiba lari ke arah ibunya dan memanggil mama-mama lalu menangis. Bila aku menghampirinya dia menolak seolah-olah tidak suka akan kehadiranku. aku buat tak tahu sahaja. selepas setengah jam barulah dia cuba menghampiriku dan bermain dengan ku.
      Waktu asar telahpun banyak. aku terus bangun dan mengambil wuduk di bilik air. Aku terus solat asar, semasa hendak sujud aku dapat merasakan sesuatu yang menyucuk di bahagian lututku. Sakit sungguh lutut ini. Walaupun sakit, aku gagahkan juga untuk menyelesaikan tanggungjawabku kepada Allah. Selesai solat dan berdoa,aku lihat apa yang ada di atas sejadah tempat aku sembahyang. Kelihatan tiada apa. Aku cuba lihat pada lututku....rupa-rupanya lututku telah ditumbuhi bisul.Bukan satu tetapi 5 mata yang ada sekaligus di tempat yang berhampiran. Aduh, sakitnya!.  
      Pagi tadi aku bangun ,bisul itu tidak terasa sakit. Selepas mandi , aku  ke surau untuk azan Subuh dan solat subuh. Semasa sujud sekali lagi airku mengalir kerana kesakitan akibat bisul itu.Rupa-rupanya aku terlupa akan bisul yang ada dilututku.
       Hari ini terpaksalah padamkan niatku untuk menganyuh basikalku yang lama aku tak kayuh. Terasa sakit walaupun berjalan,apatah lagi menganyuh basikal. Semasa menyiapkan tugasan en. Zainal Arif tadi aku sempat berfikir mengapa terjadi bisul dilututku. Ini mungkin peringatan tuhan kepadaku kerana lama aku tidak pergi solat waktu di surau dan di masjid. Sejak masuk ke IPG Perlis, masaku untuk solat berjemaah tidak dapat diteruskan kerana rutin harian di sana telah berubah. Mana taknya jadual kuliah begitu padat,nak pi makan lagi,nak mandi lagi dan masa untuk ke surau tak sempat langsung. Bisul ini juga menandakan bahawa ada Yang Maha Kuasa yang menyaksikan segala perbuatan kita di muka bumi ini. Apapun semoga ujian yang sedikit ini Allah berikan kepadaku untuk satu kesedaran. Terima Kasih Allah kerana memberi peringatan kepada hambamu ini yang telah hanyut dengan kesibukan belajar. Namun aku redha dengan segala pemberianMu ya Allah.