Isnin, 19 Disember 2011

RPH TEKNOLOGI MAKANAN RBT3111



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran               : Kemahiran Hidup
Bidang Pembelajaran        : Makanan dan pemakanan
Unit Pembelajaran           : Kaedah Membuat Kek dan Biskut
Tajuk Pembelajaran          : Kek Cara Putar
Tingkatan                       : 3 Cempaka
Bilangan murid                : 20 orang
Masa                             : 60 minit
Hasil Pembelajaran           : Diakhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat ;
1. menyenaraikan bahan-bahan untuk membuat kek cara putar
2.membuat kek cara putar dengan langkah yang betul.
Nilai                             : Kerjasama,kejujuran,berdisiplin
Alat Bantu Mengajar       : gambar slaid powerpoint , alat penimbang , bahan membuat kek, loyang , label
  dan lembaran kerja
Pengetahuan sedia ada     : Murid-murid pernah melihat cara membuat kek di televisyen
Pendekatan Pembelajaran  : Konstruktivisme dan koperatif

Refleksi :

LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Set Induksi
( 5 minit )
Gambar barangan pelbagai jenis kek.
Soalan :
1.       Apakah nama benda yang kamu lihat ini?
2.       Pada pendapat kamu,apakah bahan yang digunakan untuk membuat kek?
3.       Pernah kamu membuat kek sendiri?
1. Guru menunjukkan pelbagai gambar kek yang  menarik melalui tayangan power point.
2. Guru menyoal murid mengenai kek yang ditunjukkan seperti warna,bentuk,saiz dan cara membuatnya seperti bakar,kukus
3. Guru memberikan penerangan mengenai aktiviti yang akan dilakukan pada hari ini iaitu membuat kek.
Pendekatan :
Konstruktivisme

Kaedah/Teknik :
Menyoal,penerangan



Langkah 1
(10 minit)
Penerangan tentang bahan-bahan dan peralatan membuat kek.
Tepung gandum- 250gm
Telur gred B- 2 biji
Gula pasir- 125 gm
Majerin -125 gm
Esen vanila- 1 camt
Serbuk penaik- 1 camt
 Peralatan
-pengadun /mangkuk adunan/loyang/sudip kayu/
  Alat penimbang/Sudu teh
1.Guru memberi penerangan tentang bahan-bahan dan peralatan yang akan digunakan untuk membuat kuih.
2. Guru mengarahkan murid mencatat semua bahan dan keperluan alatan untuk membuat kek.
2.Guru mengarahkan semua ketua kumpulan dan penolong mengambil bahan dan alatan mengikut kumpulan.
   ( semua bahan telah ditimbang dan diagihkan mengikut kumpulan )
Pendekatan :
Koperatif

Kaedah/Teknik :
Penerangan,
mencatat

Langkah 2
(35 minit)
Langkah-langkah membuat kek cara putar
1. Panaskan ketuhar 180°C.
2. Putar gula dan majerin hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
4. masukkan esen vanila.
5. Masukkan tepung yang dicampur dengan serbuk penaik sedikit demi sedikit dengan cara kaup dan balikkan dengan menggunakan senduk kayu.
6. Masukkan adunan yang telah siap ke dalam loyang yang telah digriskan dengan majerin.
7. bakar dengan suhu 180°C selama 30-40minit.
1. Guru mengarahkan semua kumpulan melihat langkah membuat kek yang ditunjukkan guru satu per satu dan membuat kek bersama-sama mengikut langkah tersebut.
2. Semua murid dan guru melakukan langkah membuat kek bersama-sama sehingga langkah yang terakhir.  
3. Semua kek yang telah siap diadun dimasukkan ke dalam alat pembakar.
Pendekatan :
Konstruktivisme

Kaedah/Teknik :
Menerang, tunjuk cara,
aplikasi

Penutup
(10 minit)
Lembaran kerja
Soalan lembaran:
1. Senarai bahan dan perlatan membuat kek.
2. Langkah-langkah membuat kek cara putar.
1. Guru mengedarkan lembaran kerja.
2. Murid menjawab soalan lembaran kerja.
3. Guru memberi jawapan kepada soalan lembaran kerja dan disemak oleh rakan murid..
5. Guru membuat rumusan dan menyatakan  prestasi murid.
6. Mengemas tempat.
Pendekatan :
Kecerdasan pelbagai

Kaedah/Teknik :
Bersoaljawab